Carian
Hyundai Akan Menggunakan Robot Atlas dan Spot Untuk Pengeluaran Kenderaan
April 7, 2025 Effi Saharudin

Hyundai Motor Group mengumumkan pelaburan $21 bilion di Amerika Syarikat untuk menggunakan robot Atlas dan Spot yang dibangunkan Boston Dynamics di kilang pengeluaran mereka. Puluhan ribu robot ini akan dibeli bagi melihat kemampuannya beroperasi bersama dengan pekerja manusia di lantai kilang. Boston Dynamics juga akan menawarkan robot ini kepada rakan niaga lain untuk diuji.

Atlas telah dikemaskini tahun lalu dengan tubuh lebih kecil serta kemampuan pergerakan yang lebih meluas seperti menari, melakukan kuak lentang, merangkak dan menari breakdance seperti manusia. Hyundai telahpun menggunakan Spot di kilang mereka untuk melakukan pemantauan dan mengenalpasti bahagian yang perlu dibaik pulih. Boston Dynamics kini ialah syarikat di bawah Hyundai selepas mereka dibeli daripada Softbank lima tahun yang lalu.

Teknologi robotik telahpun menyebabkan jutaan manusia kehilangan kerja. Robot generasi baharu dengan kemampuan mobility setanding manusia akan menyebabkan jutaan lagi pekerjaan akan terancam dalam masa terdekat.

Komen