Cari @ Amanz

Beberapa peranti baru dilancarkan hari ini. Awal pagi tadi Oppo F1 dilancarkan dan diperkasakan dengan pemproses Snapdragon 616. Kini giliran Lenovo Lemon 3 pula dilancarkan menggunakan pemproses yang sama. Ia turut mempunyai skrin 5″ HD Penuh, RAM 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Penambahan muatan dalaman menggunakan kad MikroSD adalah sehingga 128 Gigabyte.

Lenovo-Lemon-3-1

Kemampuan optik ialah kamera belakang sebesar 13 Megapixel dan kamera hadapan sebesar 5 Megapixel. Kapasiti bateri pula ialah 2750 mAh. Peranti ini menyokong pengecasan pantas QuickCharge 2.0. Turut disertakan ialah pembesar suara stereo pada bahagian belakang peranti. Sistem operasi Android 5.1 digunakan dan bukannya Marshmallow. Apa yang membuatkan Lemon 3 menarik ialah harga jualan Yuan 699 (~RM 466). Ini meletakkannya sebagai peranti yang bersaing secara terus dengan Xiaomi Redmi 3 yang dilancarkan beberapa hari yang lalu pada harga yang sama. Lemon 3, Redmi 3 dan Oppo F1 adalah tiga peranti dengan Snapdragon 616 yang dilancarkan tahun ini. Seperti yang kami katakan di dalam artikel 10 Fungsi Yang Harus Wujud Pada Semua Peranti 2016, peranti binaan logam dengan pengecasan pantas akan mula dihasilkan. Tidak disangka tidak sampai minggu kedua 2016 ia menjadi kenyataan.

Lenovo-Lemon-3-2 Lenovo-Lemon-3-3

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd