Cari @ Amanz

Ingatkah lagi berkenaan dengan perkhidmatan jalur-lebar Omni daripada Jalenas seperti yang kami pernah tulis sebelum ini? Kini kami menerima beberapa info daripada beberapa pekerja Jalenas, memperkatakan yang mana Omni mungkin dilancarkan seawal penghujung bulan ini.

Tarikh yang diperkatakan adalah pada 25 Jun, namun kami tidak dapat mengesahkannya buat masa ini. Pada masa yang sama, ianya tidak diketahui samada ianya akan dilancarkan di Lembah Klang, ataupun Kuantan. Ianya mungkin dilancarkan di Kuantan, kerana Jalenas lebih tertumpu pada kawasan tersebut buat masa ini, namun menurut salah satu komen daripada bekas pekerja Jalenas, ianya bakal dilancarkan di sekitar Kuala Lumpur.

Namun begitu, perkara-perkara ini masih lagi tidak dapat disahkan buat masa ini. Melalui Omni kelak, Jalenas akan menyediakan sebuah rangkaian infrastruktur fiber-optik yang paling pantas di negara, dan menariknya mereka akan memberikan kebebasan untuk para pengguna sendiri memilih penyedia rangkaian mereka. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjutnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd