Tidak Menyukai Netflix? Nyah-Aktifkan Ia Sebelum Bayaran Langganan Berlaku Bermula Esok

Tidak Menyukai Netflix? Nyah-Aktifkan Ia Sebelum Bayaran Langganan Berlaku Bermula Esok

Diterbitkan pada Feb 4, 2016 oleh .

Netflix telah memasuki pasaran Malaysia secara rasminya sebulan yang lepas, menawarkan pakej penstriman video dan filem pada harga langganan bermula RM33 sebulan untuk versi asas. Walaupun telah dilancarkan di Malaysia, beberapa pengguna masih tidak berpuas hati dengan penawaran rancangannya memandangkan tidak kesemuanya ditawarkan di Malaysia.

Malah pihak Netflix juga telah mulakan perang mereka terhadap pengguna VPN. Hal-hal ini mungkin tidak begitu digemari ramai – apatah lagi dengan alternatif seperti iFlix yang menawarkan langganan pada harga serendah RM8 sebulan – ataupun secara percuma untuk pengguna UniFi dan Digi.

Netflix Cancel Plan

Bagi anda yang telah mengaktifkan akaun Netflix, tetapi tidak berhasrat untuk meneruskan langganan tersebut selepas tempoh sebulan percubaan, anda perlu nyah-aktifkan akaun anda sebelum bayaran mula dicaj ke akaun anda.

Untuk melakukannya, anda hanya perlu melayari laman khusus di Netflix, dan memilih untuk menamatkan akaun anda.

Walaupun anda memilih untuk menamatkan akaun Netflix, ia hanya tidak akan diperbaharui untuk tempoh bulan akan datang. Anda akan dapat kekal menggunakan akaun Netflix sehingga tempoh percubaan anda berakhir.

Layari : Netflix – Cancel Plan


TIPS & ULASAN