Cari @ Amanz

Tahun 2016 ialah annus mirabilis bagi Huawei. Mereka mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pengeluar peranti ketiga terbesar di dunia dengan peningkatan jualan sedangkan Samsung dan Apple mencatatkan penyusutan. Peranti Huawei P9 dengan teknologi Leica meningkatkan nama mereka sebagai peranti premium dengan di Malaysia sahaja 250000 unit terjual.

Huawei P9

Huawei berkongsi lagi jumlah jualan peranti popular ini hujung minggu lalu. Richard Yu, CEO barangan pengguna di Huawei mengumumkan sebanyak 12 Juta unit Huawei P9 dan P9 Plus telah terjual setakat ini. Peningkatan jualan sebanyak 2 Juta unit sejak Disember tahun lalu.

Saingan sengit diberikan oleh Huawei sejak kebelakangan ini memaksa Apple dan Samsung untuk turut menghasilkan peranti yang baik. Sungguhpun begitu Huawei masih mensasarkan untuk memintas Apple menjelang 2018 dan Samsung menjelang 2021.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd