Samsung ketika pengenalan hanya memperkenalkan satu variasi storan dan memori sahaja untuk Galaxy S8 dan juga Galaxy S8+, iaitu menggunakan memori 4GB RAM dan juga ruangan storan 64GB. Walaubagaimanapun, untuk pasaran di Korea Selatan dan juga China, Samsung dilihat mempunyai penawaran khusus dengan memori dan storan lebih besar.
Daripada apa yang ditawarkan, ia dilihat Samsung menawarkan Galaxy S8+ yang menggunakan memori 6GB RAM dan ruangan storan sehingga 128GB di negara Korea Selatan dan juga China. Di Korea Selatan, peranti dengan penawaran spesifikasi ini ditawarkan pada harga $1020, iaitu sekitar RM4500, tetapi hadir bersama Samsung DeX. Dengan penawaran ini, mungkin ia lebih selari untuk mereka yang ingin menggunakan Galaxy S8+ bersama-sama Samsung DeX, sekaligus menawarkan pengalaman yang lebih lancar lagi.
Walaubagaimanapun, di Malaysia, hanya variasi 4GB RAM dan ruangan storan 64GB yang ditawarkan buat masa ini, dimana pra-tempahan boleh dilakukan bermula minggu hadapan. Galaxy S8 ditawarkan pada harga RM3299, sementara Galaxy S8+ pula ditawarkan pada harga RM3699.