Rekaan Panel Belakang OnePlus 6 Tertiris

Rekaan Panel Belakang OnePlus 6 Tertiris

Diterbitkan pada Mac 28, 2018 oleh .

Rekaan OnePlus 6 tertiris sekali lagi ke arena web. Sumber gambar terkini kali ini ialah dari @eveleaks. Hanya panel belakang kelihatan yang menunjukkan susunan dwi-kamera dan pengimbas cap jari yang selari dengan garis tengah tubuh peranti.

Turut kelihatan ialah bicu audi, port pengecasan USB-C dan satu pembesar suara. Imej tertiris yang terkini ini konsisten dengan gambar OnePlus 6 yang tertiris sebelum ini. Dari apa yang dapat dilihat OnePlus tidak mengikut rekaan kamera yang digunakan pada Vivo V9, Vivo X21, Oppo R15 dan Oppo F7. Tetapi terdapat kemungkinan besar skrin bertakuk seperti empat peranti yang kami senaraikan tadi akan digunakan oleh OnePlus 6.


TIPS & ULASAN