Mozilla Memperkenalkan Pemalam Yang Menghalang Facebook Menjejak Aktiviti Pengguna

Mozilla Memperkenalkan Pemalam Yang Menghalang Facebook Menjejak Aktiviti Pengguna

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Isu skandal data Facebook yang melibatkan syarikat analisa Cambridge Analytica belum lagi reda. Pelbagai pihak mula mengambil langkah keselamatan bagi mengelak lebih banyak data dicuri atau tersebar.

Elon Musk sudah memadamkan Facebook Page untuk Tesla dan SpaceX. Mozilla pula mula menghentikan aktiviti pengiklanan Facebook pada platform mereka. Hari ini juga Facebook mengemaskini aplikasi bagi memudahkan pengguna mengakses tetapan sekuriti.

Bercakap mengenai Mozilla lagi, mereka turut menawarkan Facebook Container iaitu pemalam untuk mencegah Facebook menjejak pengguna di arena web. Pemalam ini membenarkan pengguna mengawal aktiviti Facebook mereka dengan memisahkan data-data Facebook ke satu ruang lain.

Apabila Facebook digunakan pada pelayar, ia akan mempunyai tab berwarna biru yang menunjukkan sesi pelayaran sedang “dipagar”. Menurut Mozilla, jika salah satu cara pihak Facebook mengambil data pengguna adalah melalui butang¬†Share dan melalui pemalam ini segala aktiviti perkongsian Facebook akan dimuat dalam ruang khas ini.

Mozilla turut menyatakan pemalam ini akan memberi sedikit pengalaman penggunaan Facebook yang berbeza. Lebih-lebih lagi di ruang komen dan penggunaan butang Like pada laman web lain yang mengintegrasikan perkhidmatan Faecbook.


TIPS & ULASAN