Xiaomi Mi 8 akan dilancarkan pada 31 Mei ini dan dihasilkan bagi menyambut ulang tahun ke-sepuluh Xiaomi. Setakat ini peranti ini disahkan mempunyai takuk dan dilengkapi sistem imbasan wajah seperti Face ID. Har ini sebuah video tertiris menunjukkan ia mempunyai panel belakang lutsinar.
Dengan rekaan ini kesemua komponen peranti dapat dilihat dengan jelas. Beberapa gambar yang tertiris sebelum ini menunjukkan panel kaca belakang yang berwarna. Menarik sekali tiada pengimbas cap jari pada bahagian hadapan dan belakang. Besar kemungkinan peranti di dalam video di atas adalah edisi terhad dengan pengimbas cap jari terbina dalam skrin yang diuar-uarkan sebelum ini.
Ia mengingatkan kami kepada rekaan HTC U11+ dan HTC U12+ yang turut mempunyai panel lutsinar. Pasaran kini dipenuhi peranti dengan rekaan pelanduk dua serupa dan harus kami akui rekaan lutsinar ini amat menarik dan unik. Apa pula pendapat anda?