Cari @ Amanz

Samsung sedia dikatakan sedang membangunkan telefon pintar boleh-lipat mereka, dan dijangka diperkenalkan sekitar awal tahun 2019 kelak. Walaubagaimanapun, untuk makluman, idea ini bukan sesuatu yang baru, tetapi pernah diperlihatkan oleh Samsung beberapa tahun lepas melalui iklan konsep.

Kini, menariknya, beberapa gambar hadir ke arena web, diperkatakan sebagai peranti prototaip awal untuk telefon boleh-lipat daripada Samsung.

Samsung Project Valley

Samsung Project Valley

Daripada gambar yang hadir, ia sedikit menyerupai rekaan ZTE Axon M yang telah dilancarkan pada tahun lepas. Ia dilihat membawakan rekaan skrin yang boleh-dibuka kepada dua, tetapi diasingkan dengan bingkai yang sedikit tebal. Rekaan peranti berkenaan juga sedikit seumpama Galaxy Note 5 keluaran Samsung sebelum ini.

Samsung Project Valley

Ia juga dilihat menggunakan dua panel skrin berbeza, dan bukannya menggunakan rekaan skrin fleksibel seperti dinantikan ramai.

Namun, memandangkan peranti prototaip ini mungkin berusia sekitar dua tiga tahun, maka kita mungkin boleh nantikan suatu kejutan menarik daripada Samsung melalui telefon Galaxy X mereka kelak.

https://twitter.com/MMDDJ_/status/1007948316775071744

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd