Cari @ Amanz

Huawei, Apple, Oppo, Microsoft dan Samsung adalah syarikat yang telah mempatenkan peranti dengan skrin boleh lipat mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Telefon pintar yang boleh berubah menjadi tablet ini dijangka menjadi trend tahun hadapan selepas pengguna peranti skrin nirbingkai.

LG juga mempunyai perancangan yang sama berdasarkan paten telefon boleh lipat dengan dwi-bicu audio yang telah difailkan oleh mereka sebelum iniĀ . Perbezaan paten terkini LG dengan pengeluar lain ialah telefon pintar ini dilipat untuk menjadi lebih kecil sama seperti flip-phone yang popular lebih sedekad yang lalu. Seperkara lagi yang menarik ialah telefon pintar ini mempunyai sistem pembesar suara stereo pada bahagian hadapan.

Adakah terdapat pasaran untuk telefon pintar boleh lipat di dunia semasa? Umum diketahui telefon Android boleh lipat Samsung W2018 dihasilkan oleh Samsung tetapi terhad kepada pasaran China sahaja setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd