Carian
OnePlus Memfailkan Nama ‘Warp Charge’ – Bagi Menggantikan Dash Charge
July 16, 2018 Fahim Zahar

Sewaktu pelancaran OnePlus 6 beberapa bulan lalu, OnePlus langsung tidak menggunakan nama ‘Dash Charge‘ bagi jenis pengecasan yang disokong oleh peranti mercu baru OnePlus ini. Ini adalah kerana pendaftaran tanda dagang ‘Dash’ ditolak di Eropah.

Sehingga kini, jenis pengecasan pantas untuk OnePlus 6 hanya dilabelkan sebagai pengecasan pantas yang asas. Terkini, OnePlus dilihat telah memfailkan nama baru di EUIPO Eropah bagi menggantikan nama ‘Dash Charge‘ ini kepada ‘Warp Charge‘.

Jika anda tidak tahu, teknologi ‘Dash Charge‘ ini dipinjam dan dilesenkan kepada OnePlus oleh Oppo daripada teknologi pengecasan pantas mereka – VOOC. Oppo kemudian memperkenalkan SuperVOOC pada pelancaran Oppo Find X edisi Lamborghini, yang boleh mengecas bateri 3400mAh sehingga penuh dalam masa hanya 35 minit.

Adakah OnePlus akan mengikut jejak langkah Oppo? Adakah ‘Warp Charge‘ ini jenis pengecasan pantas baru bagi OnePlus atau hanya satu penjenamaan dari ‘Dash‘ ke ‘Warp‘? Sama-sama kita nantikan penggunaan ‘Warp Charge‘ secara rasmi di masa hadapan kelak.

Tetapi, jangan pula peminat OnePlus mempunyai harapan yang penuh – OnePlus turut telah menipu sebelum ini dengan video acah OnePlus 6 Merah.

Komen