HTC U12 Life Bakal Dilancarkan Dengan Snapdragon 636
HTC

HTC U12 Life Bakal Dilancarkan Dengan Snapdragon 636

Diterbitkan pada July 26, 2018 oleh .

Nasib HTC tahun ini tidak menunjukkan sebarang pemulihan berbanding tahun lalu. Ketua pegawai eksekutif telah meletakkan jawatan dan operasi di India telahpun dikecilkan. Tetapi agi idup agi ngelaban dan mereka bakal melancarkan peranti baru HTC U12 Life dalam masa terdekat menurut laporan Android Authority.

Peranti ini menggunakan nama kod “Imagine Life” dilengkapi skrin 6-inci IPS LCD FHD+, dijana pemproses Snapdragon 636, memori sebesar 4GB, storan sebesar 64GB, kamera belakang 16+5 Megapixel, kamera swafoto 13-Megapixel dan bateri sebesar 3600 mAh.

Spesifikasinya adalah lebih baik berbanding HTC U11 Life tahun lalu yang tidak menyokong sistem dwi-kamera. Sebelum ini U12+ telah dilancarkan dengan sasaran memasuki pasaran Malaysia penghujung bulan ini tetapi sehingga kini tiada pengumuman ini akan berlaku. HTC U11 Life pula langsung tidak memasuki pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN