Carian
Google Pixel 3a Menjadikan Jualan Google Pixel Meningkat Dua Kali Ganda
July 26, 2019 Fahim Zahar

Google Pixel 3a dan 3a XL adalah dua peranti kelas pertengahan daripada Google. Di Amerika Syarikat peranti ini dilihat mengambil perhatian ramai, kerana harga jualan yang sangat murah – iaitu sekitar 50% murah berbanding Pixel 3. Hasil kamera Pixel 3a pula boleh dikatakan setanding dengan Pixel 3, yang mana mempunyai hasil yang sangat memuaskan.

https://youtu.be/Z2EjNaIm0GA

Terkini, Google telah berkongsi laporan kewangan suku kedua 2019 untuk Alphabet. Dalam laporan ini ia mengatakan yang jualan produk-produk Pixel meningkat dua kali ganda disebabkan Google Pixel 3a. Sebelum ini laporan untuk suku pertama 2019 melaporkan yang, jualan Google Pixel adalah kurang memberangsangkan. Ini bermakna peranti kelas pertengahan membantu meningkatkan keuntungan Google dalam jualan produk Pixel dan tidak dinafikan Google mungkin akan teruskan menjual peranti dalam kelas pertengahan.

Hujung tahun ini (mungkin Oktober), Google akan memperkenalkan siri Pixel 4, yang mana dilihat akan mempunyai banyak perubahan drastik. Antaranya adalah RAM 6GB, dwi-kamera dan kemampuan kamera lebih hebat. Mari kita lihat, adakah Pixel 4 akan memyumbang keuntungan kepada Google kelak.

Komen