Pelancar JoyUI 11 Berasaskan Android 10 Diumumkan Untuk Peranti Black Shark

Diterbitkan pada Okt 15, 2019. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kemas kini Pelancar MIUI 11 mula diberikan esok kepada beberapa peranti Xiaomi. Ia adalah versi terkini pelancar yang berasaskan Android 10. Tetapi untuk peranti Black Shark, pelancar JoyUI 11 baru sahaja diumumkan hari ini.

JoyUI 11 turut berasaskan Android 10 dan akan berkongsi beberapa fungsi yang diperkenalkan pada MIUI 11. Antaranya ialah mod gelap yang menyeluruh dan mod permua yang lebih baik. Pihak Black Shark belum berkongsi tarikh bilakah JoyUI 11 akan diberikan atau fungsi-fungsi lain yang akan ditawarkan. Buat masa ini ia hanya disahkan akan diberikan kepada Black Shark, Black Shark Hel0, Black Shark 2 dan Black Shark 2 Pro.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami