Cari @ Amanz

Semalam pelapor khas Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu telah menggesa supaya dakwaan peranti Jeff Bezos digodam oleh Arab Saudi menerusi aplikasi WhatsApp. Hari ini menurut laporan Reuters, pegawai-pegawai kanan PBB telah diberikan arahan supaya tidak lagi menggunakan aplikasi pemesejan popular ini sejak 2019.

Arahan diberikan selepas PBB merasakan WhatsApp tidak dianggap selamat untuk digunakan sebagai alat komunikasi. Apabila WhatsApp dihubungi, mereka menyangkal dakwaan aplikasi mereka tidak selamat untuk digunakan kerana menyokong sistem penyulitan hujung-ke-hujung yang dibangunkan oleh Signal bagi menyulitkan intipan mesej yang dihantar.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2009, WhatsApp kini mempunyai lebih 1.5 bilion pengguna aktif bulanan. Kerana kepopularannya, ia telah diambil alih oleh Facebook pada tahun 2014. Namun begitu pengasasnya Jan Koum telah meninggalkan Facebook pada tahun 2018 selepas bertelagah dengan Mark Zuckerberg berkenaan hala tuju aplikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd