Cari @ Amanz

Fungsi Nearby Sharing bakal diperkenalkan pada peranti Android oleh Google sebagai pengganti kepada Android Beam yang tidak lagi disokong pada peranti Android 10. Ia dilihat sebagai jawapan Android kepada AirDrop yang disokong pada peranti Apple. XDA Developer telah memuat naik video bagaimana Nearby Sharing berfungsi.

Pada waktu ini sokongan hanya diberikan pada sejumlah kecil peranti seperti Pixel dan OnePlus. Dari video di atas aplikasi ini masih lagi belum bersedia untuk dilancarkan kepada umum kerana masih mempunyai beberapa pepijat. Tetapi dari segi fungsi ia memang menyamai apa yang ditawarkan oleh AirDrop. Perkongsian fail dalam dilakukan dengan lebih mudah kerana ia mengesan peranti berdekatan menggunakan rangkaian WiFi.

Tiada maklumat bilakah Nearby Sharing akan diaktifkan tetapi berkemungkinan besar ketika acara Google I/O yang akan berlangsung 12 Mei ini. Selain Nearby Sharing, Samsung turut membangunkan pesaing AirDrop mereka yang diberi nama Quick Share manakala Oppo, Vivo dan Xiaomi pula membangunkan Mobile Direct Fast Exchange.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd