Cari @ Amanz

Sebentar tadi, imej pengolokan OnePlus Bullets Wireless Z telah tertiris. Ia dilihat mirip dengan Bullets Wireless 2 dan menawarkan pelbagai pilihan warna. Kini, imej pengolokan OnePlus 8 Pro berwarna Ultramarine Blue pula tertiris bersama-sama dengan beberapa pilihan kerangka pelindung.

Rekaan OnePlus 8 Pro sudah pun tertiris sebelum ini. Ia memperlihatkan warna hijau cair yang unik diberi nama Glacial Green. Rekaan hadapan mirip Oppo Find X2 Pro dan belakang masih ada elemen yang sama dengan OnePlus 7 Pro lagi. Cuma kini terdapat empat lensa. Bukan itu sahaja, kali ini terdapat lebih banyak pilihan kerangka pelindung berbanding sebelum ini. Karbon, Nylon, jernih dan Sandstone masih dikekalkan. Cuma kali ini ada dua tambahan warna untuk Sandstone iaitu Cyan dan ungu.

Selain dari warna Glacial Green, Ultramarine Blue, turut terdapat warna Black Onyx. Jika anda pernah dengar nama itu, ya – nama warna yang lebih kurang sama dengan OnePlus X suatu ketika dahulu. OnePlusĀ 8 Pro sudah pun disahkan akan dijana Snapdragon 865, menggunakan storan berasaskan UF3.0, RAM, skrin 120Hz dan sudah semestinya menyokong 5G. Saiz skrin dikatakan adalah 6.78″, menyokong kalis air IP68, pengecasan nirwayar dan berwayar 30W, kamera 48+48+8+5 Megapixel dan kamera swafoto 16MP. Saiz bateri adalah 4510mAh dan turut menyokong pengecasan nirwayar dua arah. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan 14 April ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd