Mobvoi Menjenamakan Semula TicKasa & TicPods ANC Kepada Mobvoi Headphones Dan Mobvoi Earbuds ANC

Mobvoi Menjenamakan Semula TicKasa & TicPods ANC Kepada Mobvoi Headphones Dan Mobvoi Earbuds ANC

Diterbitkan pada Ogos 17, 2020 oleh .

Mobvoi dilihat semakin hari semakin aktif dalam pengeluaran aksesori audio. Tahun ini sahaja sudah ada empat produk, iaitu TicPods 2 pada awal tahun, TicPods ANC pada bulan Jun, TicKasa ANC pada bulan lepas dan Mobvoi Earbuds Gesture pada bulan Julai juga. Jika anda lihat, majoriti nama produk ini menggunakan nama Tic di hadapan yang mana selari dengan TicWatch iaitu produk jam tangan pintar yang menaikkan nama mereka. Tetapi, satu sahaja yang menggunakan nama Mobvoi – iaitu Mobvoi Earbuds Gesture.

Terkini, Mobvoi telah menjenamkan TicKasa ANC dan TicPods ANC kepada Mobvoi Headphones ANC dan Mobvoi Earbuds ANC. Tujuan mereka menjenamakan semula produk-produk ini adalah bagi selari dengan strategi perniagaan mereka dan juga identiti jenama. Walau bagaimanapun, TicPods 2, TicWatch Pro, TicWatch C2 dan banyak lagi produk mereka dilihat masih menggunakan nama Tic. Agak pelik jika hanya dua ini sahaja penting dengan identiti jenama mereka. Mungkin secara berperingkat nama setiap produk ini akan berubah?

Anda bayangkan jika jam tangan pintar mereka juga turut akan berubah, dari TicWatch ke Mobvoi Watch? Agak pelik bukan? Apa kata anda mengenai perubahan ini, adakah anda setuju?



Paling Popular