Facebook Akan Membantu Epic Games Dalam Kes Saman Menentang Apple

Diterbitkan pada Dis 17, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Epic Games mengheret Apple ke mahkamah selepas aplikasi Fornite mereka ditarik dari App Store. Langkah ini diambil oleh Apple selepas Fortnite memintas sistem pembayaran dalam aplikasi Apple bagi menawarkan pembelian lebih murah kepada pengguna. Perbalahan ini masih belum selesai dan kini Epic Games akan dibantu pula oleh Facebook.

Semalam Facebook mengeluarkan kenyataan mendakwa tindakan Apple menghalang penjejakan iklan pada iOS 14 tahun hadapan akan menjejaskan perniagaan kecil. Dalam kenyataan yang sama Facebook berkata akan memberikan maklumat yang relevan kepada Epic Games bagi membantu kes mereka kelak.

Polisi App Store menurut Facebook adalah tidak adil kepada pembangun aplikasi serta adalah anti persaingan. Mereka tidak mempunyai pilihan selain akur dengan permintaan Apple bagi mengelakkan aplikasi ditarik seperti Fortnite. Ini adalah sebab mengapa ciri permua Facebook Gaming pada iOS adalah terhad berbanding versi Android. Selain Facebook, Spotify juga memberikan sokongan yang sama.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami