Carian
AirPods 3 Adalah AirPods Pro Tanpa Sokongan Pembatalan Hingar Aktif
December 17, 2020 Fahim Zahar

AirPods Pro adalah TWS premium dari Apple yang menyokong pembatalan hingar aktif. Ia juga adalah TWS pertama Apple yang menggunakan fon telinga jenis dalam telinga. AirPods Pro ini meraih perhatian orang ramai kerana harga yang ditawarkan tidak begitu mahal, ia bersaing sengit dengan Sony dan banyak TWS lain.

Apple AirPods Pro

Bermula awal tahun, kita mula mendengar yang Apple akan hadir dengan AirPods Pro Lite. Ia dijangka akan diperkenalkan dengan iPhone SE, tetapi malangnya perkara tersebut tidak berlaku. Kemudian kita mula dengar yang, Apple akan menyeragamkan rekaan AirPods. Rekaan AirPods Pro akan digunakan pada AirPods 3 atau AirPods-AirPods asal, agar selepas ini semuanya adalah jenis dalam telinga. Bulan lepas, sebahagian dari AirPods 3 tertiris yang memperlihatkan rekaan AirPods Pro. Laporan terkini dari TheElec menyatakan yang AirPods 3 akan dilancarkan pada tahun 2021.

AirPods 3 akan menggunakan rekaan AirPods Pro, tetapi tiada sokongan ANC. Cip Apple H1 akan dikekalkan dan ia juga akan dijual pada harga lebih murah. Anggaran penurunan harga adalah 20%, ini bermakna jika harga asal AirPods Pro adalah RM1099 – 20% bermakna ia mungkin dijual pada harga RM880.

“Pods” kini adalah produk audio dari Apple, kita ada AirPods/AirPods Pro dalam siri TWS dan AirPods Max untuk set fon kepala. AirPods Max baru sahaja dilancarkan dan Apple tidak akan berhenti di situ. AirPods 3 atau mungkin AirPods Pro Lite dikatakan mungkin akan diperkenalkan pada awal 2021.

Komen