Google Menghentikan Sokongan Android Things Pada 5 Januari 2022

Google Menghentikan Sokongan Android Things Pada 5 Januari 2022

Diterbitkan pada Dis 17, 2020 oleh .

2016, Google hadir dengan Android Thins iaitu platform untuk peranti berhubung. Bulan Mei 2018, Android Things mula menjadi stabil dan dilancarkan secara rasmi. Tetapi, platform ini hanya ditawarkan kepada jenama pihak ketiga dan syarikat luar sahaja. Produk-produk peranti berhubung Google menggunakan sistem yang tersendiri. Pada 2019, Google memberitahu yang Android Things hanya akan digunakan untuk pembesar suara dan paparan pintar sahaja.

Terkini, tahun 2020 Google nampaknya seakan sudah mengalah dengan Android Things. Google memberitahu yang semua data-data, kod dan segala perkara yang berkait dengan Android Things akan dipadam. Pengeluar dan mana-mana jenama yang menggunakan Android Things boleh terus menggunakan platform ini untuk memberi kemaskini sehingga 5 Januari 2022.

Ini adalah satu perkara yang agak mengecewakan. Baru sekitar 3 tahun usia Android Things dan penggunaan peranti berhubung baru sahaja mengembang – tetapi Google ingin matikan platform yang digunakan pada banyak peranti berhubung. Adakah akan ada pengganti? Adakah Google akan berikan perisian Chromecast mereka? Apakah perancangan Google? Sama-sama kita nantikan.



Paling Popular