Imej Pengolokan Xiaomi Mi 11 Pro Tertiris – Memperlihatkan Bonggol Kamera Gergasi

Imej Pengolokan Xiaomi Mi 11 Pro Tertiris – Memperlihatkan Bonggol Kamera Gergasi

Diterbitkan pada Jan 4, 2021 oleh .

Pada tahun lepas Xiaomi telah melancarkan peranti Snapdragon 888 pertama dunia, iaitu Mi 11. Ramai sangkakan yang Xiaomi telah mengub ah strategi dengan tidak melancarkan variasi pro dan fokus kepada satu variasi dengan ciri dan fungsi yang bukan gimik dan pasti pengguna akan guna. Tetapi hakikatnya, Mi 11 Pro akan dilancarkan pada tarikh yang berbeza.

Terkini, imej pengolokan Mi 11 Pro telah tertiris tanpa sebarang kerangka atau perkara yang menyembunyikan rekaan sebenar peranti ini. Mi 11 Pro dilihat mempunyai bonggol kamera gergasi. Modul kamera kekal bentuk segi empat, tetapi nampaknya rekaan seakan modul kamera OnePlus 8T Cyberpunk 2077 akan menjadi ikutan – kerana bonggol kamera Mi 11 Pro ini besarnya hampir separuh peranti. Berbeza dengan Mi 11 yang mempunyai tri-kamera, Mi 11 Pro mempunyai tetapan kuad-kamera dengan sokongan zum 120x seperti Mi 10 Ultra.

Mi 11 Pro dikatakan akan hadir dengan spesifikasi yang sama dengan Mi 11. Seperti skrin 6.81-inci resolusi 2K dengan pengiktirafan A+ dari DisplayMate, kadar segar semula 120Hz, 480Hz kadar sentuhan dan kecerahan sehingga 1500nit. Tidak lupa dengan cip berkuasa 5nm dari Qualcomm, Snapdragon 888. Peranti ini turut mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin jenis ultrasonik yang turut berfungsi sebagai pengumbas nadi.

Imej pengolokan ini walau bagaimanapun mungkin tidak boleh dipercayai, tiada sumber yang sahih yang dapat mengesahkan rekaan ini. Tetapi rekaan ini dilihat mirip dengan imej pengolokan peranti dengan kerangka sebelum ini.


Paling Popular