Android 10 diperkenalkan pada tahun 2019, yang mana ia mula menyokong peranti dengan skrin boleh-lipat. Kemudian ada kedengaran yang Google sedang membangunkan peranti seperti ini dengan skrin yang dibekalkan oleh Samsung.
Dalam satu dokumen Android, terdapat kod nama yang memberi petanda peranti Google dengan skrin boleh-lipat ini akan hadir di bawah jenama Pixel. Peranti ini dijangka akan tiba pada tahun ini, dan mungkin menggunakan rekaan lipat keluar seperti Huawe Mate X atau Royole FlexPai.
Peniris terkenal Jon Prosser, menciap yang peranti dengan skrin boleh-lipat Google Pixel ini akan hadir pada sekitar hujung tahun ini. Paling lewat adalah sekitar awal tahun 2022. Samsung dan Google sudah bekerjasama sejak Galaxy Fold pertama lagi, jadi mungkin Google akan meminjam atau mengambil inspirasi One UI pada Galaxy Fold ke Pixel Fold? Sama-sama kita nantikan.