Cari @ Amanz

Clubhouse adalah aplikasi media sosial bersembang berasaskan audio. Ia amat popular sehingga mempunyai 10 juta pengguna aktif mingguan. Walau bagaimanapun, ia terhad kepada iOS sahaja buat masa ini dan versi Android masih lagi dalam pembangunan.

Disebabkan populariti Clubhouse, Facebook mula dilihat berminat untuik hadir dengan perkhidmatan yang lebih kurang sama, Twitter dengan Spaces yang mana kini semakin berkembang ujiannya ke lebih ramai pengguna, dan mengambil-alih syarikat Podcast Breaker untuk menjadikan Spaces lebih baik. Spaces juga dilihat diuji pada platform iOS, dan ia masih belum dilancarkan secara rasmi. Mungkin bersama-sama dengan pelan Super Follow nanti?

Terkini, Spaces dilihat mula diuji ke platform Android. Jika Twitter melancarkan terlebih dahulu, ada kemungkinan besar mereka boleh bersaing dengan Clubhouse. Twitter sudah lama berkecimpung dalam dunia media sosial dan ada banyak pengguna. Clubhouse masih baru dan untuk menggunkannya hanya melalui jemputan. Twitter boleh melancarkan sekali gus ke semua pengguna.

Walau bagaimanapun, ujian ini dilihat hanya berfungsi pada aplikasi Twitter versi Alpha, dan hanya boleh menyertai Spaces yang dihos dari peranti iOS sahaja. Harapnya ia akan diperkenalkan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd