Cari @ Amanz

Kebelakangan ini, Twitter dilihat memperkenalkan ataupun sedang menguji sejumlah besar ciri-ciri baru, khususnya kerana persaingan daripada platform-platform media sosial yang lain.

Terkini, mereka dilihat mahu memperkenalkan fungsi e-dagang di platform tersebut dengan menguji kad Twitter yang memperlihatkan sejumlah butiran tambahan jika pautan adalah untuk sebuah laman penjualan produk.

Butiran tambahan ini termasuklah nama kedai, nama produk, harga produk yang dijual dan juga sebuah butang belian dibawah pautan tersebut.

Ciri e-dagang ini ditemui oleh Matt Navarra dan nampaknya ia sedang diuji di Qatar untuk bisnes-bisnes tertentu.

Pada pendapat kami, ini selari dengan ciri Super Follow yang sedang diuji dimana pengguna boleh membayar akaun-akaun Twitter tertentu untuk mendapatkan kandungan eksklusif.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi sejauh manakah fungsi ini sedang diuji, dan bila ia akan diperkenalkan untuk para pengguna Twitter yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd