Cari @ Amanz

Mi 11 Lite adalah peranti kelas pertengahan premium Xiaomi, yang mana adalah versi murah Mi 11 biasa dengan spesifikasi yang sedikit lebih rendah. Imej sebenar telah pun tertiris, rekaannya mirip dengan Mi 11 dan dijangka dijana dengan cip Snapdragon 7xx baharu. Peranti ini juga telah melepasi SIRIM, dan di sesetengah pasaran ia akan dilancarkan sebagai Poco F2.

Melalui Google Play Console, Mi 11 Lite telah disenaraikan sebagai Mi 11 Lite 5G. Ia dilihat dijana dengan cip SM7250, yang mana mungkin Snapdragon 768. Snapdragon 768 adalah cip yang sedikit lebih berkuasa dan pengganti kepada Snapdragon 765 dengan kuasa 2.8GHz. Memori pula adalah 8GB RAM, skrin FHD+, dan GPU adalah Adreno 620. Bateri adalah 4,150mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

Variasi 6/64 GB juga akan ditawarkan dan mungkin juga versi Snapdragon 73x baharu yang mana adalah versi 4G juga mungkin akan ditawarkan juga. Seperti Mi 11, Mi 11 Lite mungkin akan fokus ke pengalaman fotografi yang lebih baik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd