Spesifikasi Dan Pilihan Warna Mi 11 Lite Tertiris – Terdapat Versi 4G Dan 5G?

Spesifikasi Dan Pilihan Warna Mi 11 Lite Tertiris – Terdapat Versi 4G Dan 5G?

Diterbitkan pada Mac 18, 2021 oleh .

Xiaomi Mi 11 Lite adalah peranti kelas pertengahan premium Xiaomi, di mana ia berada dalam nama Mi. Berbeza dengan peranti Poco atau Redmi yang lebih kepada peranti bajet, jadi rekaan Mi 11 Lite kelihatan sama dengan Mi 11. Mi 11 Lite juga mungkin akan dijual sebagai Poco F2 dan mungkin akan dijual di Malaysia kerana sudah melepasi SIRIM.

Imej sebenar yang tertiris kelihatan benar-benar memikat hati dengan rekaan yang premium dan tidak kelihatan seperti peranti kelas pertengahan. Walau bagaimanapun, spesifikasi peranti ini masih lagi misteri kerana ada yang katakan ia akan dijana cip baharu Snapdragon 7xx atau mungkin kitar semula cip lama. Terkini melalui 91Mobiles pilihan warna dan variasi peranti telah didedahkan. Mi 11 Lite mengikut pasaran akan hadir dengan versi 4G atau 5G, di mana 4G akan dijana cip Snapdragon 732G dan versi 5G adalah cip Snapdragon 765G.

Skrin peranti dijangka adalah 6.55-inci IPS LCD seperti Mi 10T dengan resolusi FHD+, kamera 64MP + 8MP + 5MP, memori 6GB RAM atau 8GB RAM dan bateri 4150mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Pilihan warna pula adalah hitam, pic dan ungu. Harga jualan mungkin sekitar bawah RM2000, apa-apa pun sama-sama kita nantikan.


Paling Popular