Pelancaran Huawei P50 Mungkin Tunda Ke Bulan Mei Atau Jun Kerana Masalah Bekalan Komponen

Pelancaran Huawei P50 Mungkin Tunda Ke Bulan Mei Atau Jun Kerana Masalah Bekalan Komponen

Diterbitkan pada Mac 29, 2021 oleh .

Huawei sejak terkesan dengan perang perdagangan Amerika Syarikat, peranti-peranti yang mereka lancarkan kurang diminati orang ramai. Lebih-lebih lagi pengguna global kerana ketiadaan sistem GMS untuk penggunaan akaun Google, Play Store, YouTube dan lain-lain. Tetapi Huawei masih berusaha dengan menawarkan Harmony OS, kamera yang kekal hebat, prestasi berkuasa dan juga peranti premium.

Peranti mercu mereka tahun ini adalah Huawei P50 yang mana telah tertiris beberapa kali. Ia memperlihatkan rekaan kamera baharu dan mungkin spesifikasi yang lebih baik. Walaupun begitu, cip akan masih kekal dengan Kirin 9000 setakat yang dilaporkan. Terkini, Huawei dilaporkan mungkin akan menunda pelancaran Huawei P50 ke sekitar pertengahan tahun – iaitu Mei atau Jun.

Sebab utama tidak dijelaskan lagi, tetapi besar kemungkinan kerana masalah bekalan komponen. Banyak urusniaga Huawei tergendala kerana isu lepas dan ia masih berlarutan sehinggalah sekarang. Biasanya Huawei akan melancarkan produk pada bulan Mac-April, atau P10 pada Februari. Kali ini ia lambat sebulan atau dua bulan. Sedangkan jenama lain mempercepatkan pelancaran, Huawei tidak boleh turut serta.

Selepas mendengar laporan yang MediaTek mungkin tidak memberi jaminan untuk terus bekalkan cip untuk Huawei, Samsung akan bantu Huawei untuk cip Kirin 9000L. Masalah ini mungkin tidak terhad kepada Huawei sahaja, kerana bekalan cip terhad mungkin berlarutan sehingga 2022. Jika isu telah selesai, harga peranti mungkin lebih mahal kerana tiada lagi diskaun untuk pengeluar yang memborong cip.


Paling Popular