Cari @ Amanz

Strategi pasaran peranti Xiaomi, Redmi dan Poco adalah mudah sekali. Mereka melancarkan siri peranti di satu negara, kemudian untuk negara lai mereka hanya mengubah nama sahaja. Redmi K20 di China adalah Mi 9T di Malaysia, Redmi K30 Pro pula adalah Poco F2 Pro, Redmi K40 menjadi Poco F3 atau Mi 11i, dan banyak lagi.

Siri Redmi Note 10 adalah antara yang paling menarik ditawarkan oleh Xiaomi, variasi di Malaysia adalah yang 4G tetapi menggunakan skrin AMOLED dan yang Pro menyokong kadar segar semula 120Hz. Variasi 5G iaitu Redmi Note 10 5G dijual di pasaran yang terhad dan untuk meluaskan lagi penawaran peranti ini, ia mungkin akan dijenamakan semula kepada Poco M3 Pro. Poco M3 mempunyai pengalaman penggunaan yang baik dan saya sendiri sarankan kepada anda jika ingin mencari peranti sandaran yang cukup berkuasa. Peranti Redmi ini menggunakan nombor model M2103K19G untuk pasaran Eropah dan sumber menemui kod nama M2103K19PG yang mana P adalah Poco.

Memandangkan ini versi Pro ia mungkin akan dijual pada harga yang sedikit lebih tinggi. Jika benar ia adalah Redmi Note 10 5G yang diubah nama skrin adalah 6.5-inci LCD, 90Hz dan dijana MediaTek Dimensity 700, bateri 5000mAh dengan pengecasan 18W. Kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (sudut-Lebar) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman) dan kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Redmi Note 10 5G untuk pasaran China pula adalah Redmi 20X.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd