Melalui laman web Google AI Blog, Google menjelaskan bagaimana teknologi HDR+ dengan Bracketing mereka berfungsi pada Pixel 5 dan Pixel 4a 5G. Bracketing adalah dedahan bertahap atau proses pemilihan yang menggabungkan imej dengan dedahan cahaya berbeza menjadi satu imej dengan warna yang lebih natural, butiran yang dipelihara dan juga mengurangkan hingar.
Menurut Google, menghasilkan imej HDR daripada sebuah telefon pintar adalah sukar kerana pengehadan yang ada pada sensor kamera. Ia hanya boleh membaiki salah satu masalah pada bayang-bayang atau membaiki masalah kesan putih melepak (highlight) dan tidak boleh kedua-duanya serentak. Sistem HDR+ Google yang terkenal mampu mengendalikan semua ini tanpa sebarang masalah. Tetapi, hingar pula sukar untuk dikurangkan. Isu ini kerap berlaku dalam mod letus (burst.)
Melalui mod letus, Google menggunakan kepakaran kecerdasan buatan mereka dengan melakukan kiraan pada jumlah imej yang dirakam dan masa yang terdedah pada cahaya. Jika hanya shot hingar, ia tiada masalah – tetapi dalam sensor kamera ada shot bacaan pula. Masa pasca proses akan mencapai lebih seminit untuk mengelak masalah ini, secara tidak langsung pengalaman penggunaan kamera Pixel yang pantas dengan sifar lengah masa pengatup (Zero Shutter Lag, ZSL) tidak dapat dialami. Oleh yang demikian, Google menggabungkan teknologi dedahan bertahap. Melaluinya, tanpa tripod atau pegang peranti dengan stabil seketika ketika mengambil gambar dapat membantu menghasilkan imej berkualiti tinggi. Hanya setengah saat sahaja, imej boleh diproses.
Manakala pada mod pencahayaan rendah atau mod malam Night Sight, proses berlaku selepas pengatup ditekan. Dengan mengambil tiga imej dedahan cahaya yang lama dan gabungan perisian, hasil imej akan kekal berkualiti. HDR+ dengan Bracketing ini turut menggunakan algoritma gabungan spatial yang sama dengan teknologi Super Res Zoom. Teknologi ini menentukan sendiri setiap piksel, sama ada sesuatu imej itu perlu menjalani proses gabungan ataupun tidak untuk mengelak masalah ghosting ayau bayangan cahaya yang menjadikan imej kelihayan sedikitm pudar kerana terlampau terdedah kepada cahaya.
Disebabkan teknologi HDR+ dan Super Res Zoom Google yang cukup hebat, HDR+ degan Bracketing boleh mengelak isu ghosting ini dan mampu memproses semua proses 40% lebih pantas daripada biasa. Mod ini terhad pada Pixel 5 dan Pixel 4a 5G sahaja. Walaupun ia adalah perisian sahaja, ia masih eksklusif kepada peranti terpilih Pixel dan tiada pada Pixel 4a biasa. Tetapi, ia berkemungkinan besar akan disertakan dalam Pixel 5a.
Ini kerana, salah satu sampel gambar yang Google kongsi (yang kini sudah dipadam) untuk menjelaskan teknologi HDR+ dengan dedahan bertahap ini mempunyai data EXIF yang menyatakan ia diambil dengan Pixel 5a. Ya, benar – data EXIF boleh diubah. Tetapi kalau boleh diubah atau ia bukan daripada Pixel 5a, kenapa gambar ini dibuang? Secara tidak langsung menyatakan yang Pixel 5a mungkin kekal dengan sensor yang sama pada Pixel 4a 5G dan Pixel 5.
Pixel 5a nampaknya hanyalah sebuah Pixel 4a 5G sahaja, daripada rekaan, cip pemprosesan dan kamera semuanya sama. Setakat informasi yang diperoleh, Pixel 5a 100% sama dengan Pixel 4a 5G kecuali pada perisian yang menjadikannya ia berbeza dengan peranti generasi sebelum. Jika semua ini benar, Pixel 5a akan hadir dengan kamera 12.2 + 16 Megapixel.
Jika pengguna inginkan peranti Pixel yang benar-benar baru dan unik, mungkin boleh nantikan Pixel 6 yang dilaporkan akan menggunakan cip tersendiri buatan Samsung. Sama-sama kita nantikan.