Cari @ Amanz

Google Message kini telah menjadi pesaing kepada iMessage, tetapi lebih kepada peranti Pixel dan Samsung atau kepada mereka yang menggunakan sistem permesejan RCS. Banyak ciri dan fungsi menarik ditawarkan oleh Google, seperti menjadualkan mesej, tidak menyokong peranti yang tidak diiktiraf, ada sistem penyulitan, susun ikut kategori dan banyak lagi.

Dengan Samsung yang semakin lama mendekati pengalaman Android asli, banyak ciri da fungsi eksklusif Pixel aka tiba ke peranti Samsung terlebih dahulu sebelum hadir ke peranti Android lain. Jika anda lihat, Android 12 DP3 pun sudah mendekati konsep Samsung dengan banyak kustomasi, rekaan seakan One UI dan banyak lagi. Kini, pengguna Galaxy S21 melaporkan yang aplikasi Google Message pada peranti mereka mula menerima kemaskini yang mengubah rekaan antaramuka mirip One UI.

Kemaskini ini dikatakan adalah dari bahagian pelayan, kerana setiap pengguna yang menerimanya menggunakan versi yang berbeza.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd