Redmi Note 8 2021 Mula Dijual Secara Global – Harga Sekitar RM700

Diterbitkan pada Mei 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan lepas kita mula kedengaran yang Xiaomi ingin melancarkan semula peranti Redmi Note 8. Beberapa hari selepas laporan ditulis, Xiaomi terus mengesahkan kewujudan peranti ini dengan mengacah rekaan, mengumumkan cip pemprosesan baharu, dan menyenaraikan peranti ini lengkap dengan spesifikasi penuh di laman web global.

Redmi Note 8 adalah kelahiran semula peranti yang sama dilancarkan beberapa tahun lalu. Cuma, kali ini ia hadir dengan pilihan memori lebih terhad serta dijana dengan cip pemprosesan lebih berkuasa. Redmi Note 8 2021 menggunakan skri LCD bertauk kecil FHD+, 60Hz, dijana MediaTek Helio G85, memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB atau 128GB. Bateri adalah 4000mAh dengan kuasa pengecasan 18W, kamera 48+82+2 Megapixel dan kamera swafoto 13 Megapixel.

Disebabkan ia adalah peranti lama, pengimbas cap jari berada di belakang peranti dan rekaan dagu agak tebal. Baru-baru ini, Xiaomi mengesahkan yang peranti ini akan dijual secara global. bermula 25 Mei. Harga jualan adalah $169, iaitu sekitar RM700 untuk 4/64 GB dan $189, iaitu sekitar RM783 untuk 4/128 GB. Tidak pasti jika peranti ini akan dijual di Malaysia, memandangkan sudah ada pilihan Redmi Note 10 dan Poco M3 Pro.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami