HBO Max Pula Bakal Dilancarkan Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan pada Jun 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu ini Disney+ Hotstar dilancarkan di Malaysia selepas penantian hampir dua tahun. Sambutan dari orang ramai adalah bercampur baur dengan ada yang gembira dan tak kurang juga yang kecewa kerana sokongan aplikasi yang tidak memuaskan. Menurut laporan Campaign Asia hari ini, selepas ini giliran HBO Max pula dilancarkan di rantau Asia Tenggara.

Amit Malhotra baru sahaja dilantik sebagai pengarah urusan HBO Max untuk rantau Asia Tenggara. Sebelum ke HBO Max, Amit Malhotra bertugas sebagai pemimpin pasaran Asia Tenggara dan India untuk Disney+. Beliau bertanggungjawab dalam pelancaran perkhidmatan Disney+ dan Disney+ Hotstar di rantau ini.

HBO Max telahpun mengesahkan perkhidmatan mereka akan ditawarkan di Filipina, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam cuma tarikh rasmi masih belum diumumkan. Menjelang penghujung 2021, HBO Max dijangka akan ditawarkan di 61 pasaran. Apabila dilancarkan kelak, HBO Max akan menggantikan HBO GO di pasaran-pasaran tersebut.

Perkhidmatan yang dilancarkan Mei tahun lalu dengan kandungan bukan sahaja daripada HBO tetapi juga daripada Cinemax, New Line, DC Entertainment, Warner Bros, The CW, CNN, TNT, TBS, TruTV, Turner Classic Movies, Crunchyroll, Adult Swim, Cartoon Network, Rooster Teeth, Looney Tunes dan banyak lagi.

Ini sekaligus akan menimbulkan wujudnya kandungan eksklusif dengan siri seperti Friends (milik Warner Media) tidak lagi boleh ditawarkan di perkhidmatan lain seperti Netflix.

Sumber Campaign Asia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami