Google Masih Tidak Pasti Jam Wear OS Sedia Ada Akan Menyokong Sistem Operasi Wear OS Baharu Dengan Gabungan Tizen

Diterbitkan pada Jun 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semua pengguna Wear OS pasti tidak sabar untuk kehadiran sistem operasi Wear OS serba baharu yang digabungkan dengan Tizen, atau nama lain yang diberikan adalah Wear OS 3.0 (versi sekarang Wear OS 2.2.7, pada TicWatch Pro 3 GPS). Kita tahu yang antara jam tangan pintar awal yang akan menggunakan sistem operasi ini adalah Galaxy Watch 4 dan Samsung mungkin akan mendedahkannya di acara MWC 28 Jun kelak.

Google masih tidak mendedahkan spesifikasi minima untuk peranti boleh pakai yang boleh menjalankan sistem operasi ini. Jam Fitbit premium baharu juga akan menjalankannya, Fossil sudah mengesahkan jam sedia ada tidak akan dikemaskini dan terhad kepada jam baru sahaja. TicWatch Pro 3 GPS dan TicWatch E3 yang dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 4100 dikatakan akan disokong melalui kenyataan oleh Qualcomm. Namun masih tiada butiran yang jelas.

Terkini, Google telah memberikan kenyataan kepada pihak Android Police mengenai kemaskini Wear OS baharu ini. Menurut Google, pengalaman penggunaan pengguna adalah perkara paling penting. Namun masih tiada pengesahan atau garis masa, sama ada jam Wear OS sedia ada akan menyokong sistem operasi baharu Wear OS x Tizen ini. Banyak keperluan teknikal yang diperlukan untuk sesebuah peranti boleh pakai menjalankan sistem operasi baharu ini boleh berjalan dengan lancar untuk memastikan semua komponen untuk pengalaman pengguna dioptimasikan.

Walaupun Qualcomm menyatakan cip Snapdragon Wear 3100 dan 4100/4100+ sudah cukup berkuasa dan mereka sedang bekerjsama dengan Google untuk menjayakan kemaskini ini. Google sendiri tidak boleh memberi kata putus sama ada jam-jam tangan pintar sedia ada akan menyokongnya ataupun tidak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami