MWC Barcelona akan diteruskan pada tahun ini, selepas acara pada tahun lepas dibatalkan. Tetapi di acara tersebut, banyak jenama besar seperti Google, Samsung, Lenovo, Sony dan Nokia – tidak akan menghadirkan diri. Tetapi, mereka masih akan menyertai acara ini secara maya.
Di laman web MWC, Samsung telahj menjadualkan satu acara khas pada 28 Jun untuk ekosistem Galaxy Ecosystem, sekuriti peranti mudah alih dan juga pengalaman penggunaan jam baharu. Semasa Google I/O 2021, Google dan Samsung telah bekerjasama untuk menyatukan Tizen dan Wear OS menjadi satu platform. Pada acara MWC ini, demonstrasi sistem operasi baharu ini akan didedahkan.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2021/06/Samsung-Google-Tizen-Disatukan-Dengan-Wear-OS-950x534.jpg)
Samsung mungkin akan memperlihatkan rekaan antaramuka baharu, di mana dikatakan adalah pelancar One UI di atas Wear OS. Disebabkan Samsung dan Google mempunyai hubungan yang semakin baik, ciri baharu seperti tambatan Fast Pair, Tiles baharu, dan lain-lain lagi mungkin akan didedahkan.
Buat masa ini, Wear OS baharu masih tiada nama komersil lagi. Ada yang melaporkan ia akan digelar sebagai Wear, ada juga kata ia adalah Wear OS 3.0. Jam Galaxy Watch4 juga mungkin akan diperlihatkan. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.