Carian
Samsung Menjanjikan Kemaskini Sekuriti Selama Lima Tahun Untuk Peranti Mercu Perusahaan
June 30, 2021 Fahim Zahar

Sejak hubungan Samsung dan Google menjadi semakin erat, banyak kolaborasi telah dilakukan untuk menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Tahun lepas, Samsung mengumumkan yang semua peranti mercu akan menerima kemas kini sistem operasi selama tiga tahun.

Kemudian penawaran ini dikembangkan lagi kepada beberapa model Galaxy A, sehinggalah Samsung menjadi satu-satunya pengeluar peranti yang mengedarkan kemaskini lebih pantas selepas Google. Syarikat lain seperti OnePlus, semua tidak lagi menawarkan perkara sama.

Terkini, Samsung menjanjikan kemas kini sekuriti selama lima tahun untuk beberapa telefon pintar dan tablet mereka. Peranti ini adalah dalam siri Galaxy S20, Galaxy S21, Galaxy Note20, Galaxy XCover 5 dan Galaxy Tab Active 3. Tetapi, ia terhad untuk peranti-peranti kegunaan perusahaan sahaja yang boleh dikendalikan oleh pentadbir. Ini adalah untuk memastikan sistem peranti kekal selamat dan privasi dan sekuriti pengguna serta syarikat terlindung.

Kemas kini ini akan diedarkan secara bulanan atau secara suku tahunan mengikut model. Untuk peranti yang digunakan oleh pengguna biasa, kemaskini sekuriti mungkin akan diedarkan selama empat tahun. Ini adalah sama seperti Galaxy S6, S7 dan S8 yang menerimanya selama empat tahun sejak setiap peranti ini dilancarkan.

Komen