Google Secara Tidak Sengaja Mengesahkan Nama Peranti Baharu Mereka Adalah Pixel 6 Dan Pixel 6 XL

Diterbitkan pada July 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Google Pixel 6 adalah antara peranti yang ramai nantikan. Ini kerana Google akan menggunakan cip pemprosesan tersendiri pada peranti ini. Selain itu, berdasarkan imej pengolokan yang tertiris Pixel 6 dan Pixel 6 Pro kelihatan cukup unik, mewah dan premium. Ia juga dikhabarkan akan hadir dengan sistem kamera lebih berkuasa daripada Pixel lepas.

Terkini, melalui satu borang atas talian Google Form untuk pembangun – Google secara tidak sengaja mengesahkan nama peranti baharu mereka adalah Pixel 6 dan Pixel 6 XL. Ini bermakna kita mungkin tidak akan lihat kewujudan Pixel 6 Pro atau Pixel 6 Ultra. Pixel 6 juga akan menjadi peranti pertama Google menyokong kemaskini sehingga lima tahun.

Google Pixel 6

Google biasanya melancarkan peranti Pixel pada bulan Oktober. Sama-sama kita nantikan informasi lanjut mengenai peranti ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami