Android TV Android 12 Beta 3 Hadir Dengan Indikasi Privasi iOS, Antaramuka 4K Dan Sokongan Aksesori Telesidang

Diterbitkan pada July 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Android 12 untuk Android TV versi pembangun telah diperkenalkan sejak Februari lalu. Selepas Android 12 diumumkan, barulah ada informasi yang Google kongsi – seperti sistem cast baharu Cast Connect with Stream Transfer and Stream Expansion.

Terkini, Google telah mengumumkan tambahan kemaskini kepada Android TV berasaskan Android 12 – iaitu ciri privasi seakan Android 12 yang tiru iOS. Indikasi kamera atau mikrofon akan terpapar jika ianya aktif.

Selain itu, antaramuka pada versi ini juga adalah secara lalai dirender kepada 4K dan turut menyokong kadar segar semula dinamik. Dengan sistem Android TV sedia menyokong penstriman 4K, keseluruhan sistem seperti warna, teks, ikon, imej kenit dan sebagainya pada resolusi 4K akan memberikan paparan yang lebih cantik, tajam dan jelas. Ciri kadar segar semula tadi adalah untuk apabila bertukar antara aplikasi atau kembali ke skrin utama.

Jika sebelum ini pengeluar akan hadir dengan tetapan sistem tersendiri, ia kini adalah sebahagian daripada sistem operasi. Tunnel Mode turut diumumkan, iaitu untuk pembangun aplikasi berkaitan pemain video. Android TV juga akan ada sistem baharu yang boleh mengenalpasti jika ada aksesori seperti mikrofon atau kamera web luaran di pasang. Ia adalah untuk memudahkan aksesori kegunaan telesidang lebih mudah digunakan dengan Google Duo, Google Meet sudah sedia terbina untuk platform ini.

Android 12 untuk Android TV Beta 3 sudah boleh diuji oleh pembangun dengan kit kotak set ADT-3. Bila ia akan tiba kepada umum? Majoriti pun masih Android 9 lagi dengan Android 10 secara perlahan diedarkan. Google TV pun belum meluas apatah lagi versi baharu, sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami