Android 12 Developer Preview Untuk Android TV Dilancarkan

Diterbitkan pada Feb 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan September tahun lepas, selepas Chromecast with Google Google Melancarkan Chromecast With Google TV Dan Nest AudioTV dilancarkan – Android 11 untuk Android TV turut dilancarkan. Selama ini, kebanyakan peranti Android TV masih menjalankan versi Android 9. Hanya Chromecast with Android TV sahaja menjalankan versi Android 10. Sejurus selepas itu, barulah banyak televisyen pintar yang diumumkan hadir dengan Android TV Android 10.

Android 12

Sehingga hari ini, masih tiada lagi peranti Android TV yang menjalankan versi Android 11. Ini kerana ia terhad untuk diuji pada kit pembangun ADT-3 sahaja. Terkini, selepas Google melancarkan Android 12 versi pembangunan untuk peranti PixelAndroid 12 Developer Preview untuk Android TV turut diumumkan. Tidak banyak yang Google kongsi mengenai sistem operasi untuk televisyen pintar ini. Apa yang pasti adalah, ia akan ditawarkan dalam bentuk Google TV.

Peranti Android TV dengan Android 9 pun baru-baru ini menerima kemaskini seakan Google TV. Jadi tidak terkejut untuk versi baru terus hadir dengan pelancar baharu serta antaramuka baharu ini. Melalui versi Android 12 ini, ia juga dijangka akan terus hadir dengan sokongan codec AV-1.

Bila ia akan ditawarkan kepada peranti Android TV? Mungkin 1-2 tahun lagi? Android 11 pun belum lagi, apatah lagi yang baru sahaja diumumkan. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami