Cari @ Amanz

Kita sedia maklum yang Huawei perlu berusaha menjaga hati peminat setia, pengguna sedia ada dan pengguna yang telah meninggalkan mereka. Disebabkan itu mereka bangunkan HMS, Harmony OS dan pelbagai aplikasi Petal. Baru sahaja kami laporkan yang Huawei telah hadir dengan HMS Core 6.0. Terkini, Huawei telah hadir pula dengan aplikasi Petal baharu- iaitu Petal Mail.

Melalui Petal Mail, ia bukan sahaja satu lagi aplikasi emel. Tetapi juga adalah perkhidmatan emel baharu mereka tersendiri. Petal Mail menawarkan alamat emel <nama>@petalmail.com. Dalam ujian yang saya lakukan, Petal Mail adalah aplikasi emel yang sangat asas sambil cuba mimik antaramuka Mail daripada Apple. Ia juga mempunyai tema warna yang akan mengingatkan anda kepada GMail dengan rekaan keseluruhan lebih ringkas dan minimaslis.

Huawei sudah ada pelbagai aplikasi tersendiri sebagai alternatif kepada aplikasi Google. Berikut adalah antara yang ditawarkan Huawei;

  • Huawei AppGallery
  • Huawei Browser
  • Huawei Cloud
  • Huawei Themes
  • Huawei Music
  • Huawei Video
  • Huawei Reader

Petal Mail adalah perkhidmatan dan aplikasi emel percuma. Anda boleh muat turun aplikasi ini di Huawei App Gallery.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd