OnePlus Nord 2 disahkan akan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1200-AI, skrin 6.43-inci Fluid AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz dan juga akan menggunakan sensor kamera utama Sony IMX766 yang sama digunakan pada siri OnePlus 9 dan Oppo Find X3. Baru-baru ini mereka telah menyiarkan poster OnePlus Nord 2 warna biru Blue Haze yang lebih kurang dengan OnePlus Nord asal.

Peranti ini akan dilancarkan pada 22 Julai melalui filem pendek OnePlus Nord: Part Deux. Peranti ini akan hadir dengan skrin 6.43-inci, AMOLED 90Hz, kamera 50+8+2 Megapixel dengan sensor utama daripda Sony IMX766 dan kamera swafoto 32MP Sony IMX616. Bateri juga adalah 4500mAh dengan pengecasan pantas 65W dan akan menjalankan Oxygen OS 11.3 berasaskan Android 11.
Terkini, melalui kerjasama OnLeaks dan Pricebaba harga OnePlus Nord 2 telah didedahkan. Menurut mereka model 8/128 GB adalah Rs31,999 dan 12/256 GB pula berharga Rs34,999 – iaitu sekitar RM1,807–RM1,976.