OnePlus Nord 2 adalah peranti pertama OnePlus dengan cip MediaTek, di mana mereka memilih Dimensity 1200-AI iaitu antara cip paling berkuasa yang boleh bersaing dengan Snapdragon 870. Peranti ini juga hadir dengan sensor kamera yang sama dengan OnePlus 9, Sony IMX766 50MP serta menjalankan Color OS yang dilabel semula sebagai Oxygen OS.

Peranti ini ditawarkan di India pada harga bermula sekitar RM1600. Peranti ini juga dilihat akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, kerana nombor model peranti ini DN2103 sudah tersenarai di SIRIM. Buat masa ini, masih tidak pasti bilakah ia akan dilancarkan dan apakah harga jualannya?
OnePlus Nord merupakan siri kelas pertengahan OnePlus. Dengan ura-ura tiada OnePlus 9T tahun ini, adakah anda akan membeli peranti ini akan datang? Perlu diingatkan yang penggunaan CPU peranti OnePlus akan dihadkan, dan anda hanya boleh nyahaktifkan pad Android 12 akan datang.