Carian
Peranti Pixel 6 Diperlihatkan Dalam Video Baharu Google – Bakal Tiba Dalam Masa Terdekat?
September 9, 2021 Fahim Zahar

Siri Google Pixel 6 adalah telefon pintar terbaru daripada Google. Peranti ini akan dijana dengan cip pemprosesan mereka tersendiri iaitu Google Tensor yang dikatakan adalah cip 5nm dan akan memfokuskan kecerdasan buatan. Peranti ini juga dikatakan akan menggunakan modem 5G daripada Samsung.

Bulan lalu, Google telah pun mendedahkan imej pengolokan peranti ini bersama-sama dengan beberapa spesifikasi asas seperti akan mempunyai cip sekuriti Titan M2, skrin 6.4-inci FHD+ pada Pixel 6 dengan kadar segar semula 90Hz dan 6.7-inci QHD+ berserta sokongan 120Hz pada Pixel 6 Pro. Untuk kamera Pixel 6 Pro hadir dengan 3 kamera bersama-sama dengan lensa telefoto yang menyokong zum optikal 4x. Pixel 6 pula hadir dengan penawaran kamera sama, tanpa sokongan telefoto.

https://youtu.be/xMZaObIQps8

Terkini, Google telah hadir dengan video acah baharu memperlihatkan peranti ini digunakan di dunia sebenar. Dalam video ini, Google turut memperlihatkan beberapa ciri dan fungsi baharu Android 12 dengan sistem tema Materia You. Pixel 6 dikatakan akan menjadi telefon pintar yang benar-benar pintar yang boleh mengikut personaliti pengguna.

Peranti ini dijangka akan dilancarkan pada 13 September akan datang. Tetapi melalui imej yang diacah di Instagram baru-baru ini, ada petunjuk memperlihatkan tarikh Selasa, 19 hari bulan pada widget jam – yang mana dalam kalendar hari tersebut jatuh pada bulan Oktober. Tahun lepas, Pixel 5 dan Pixel 4a 5G dilancarkan pada 1 Oktober tarikh Malaysia, jadi adalah 20 Oktober tarikh pelancaran Pixel 6?

Apa pula tarikh 13 September? Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada Google.

Komen