Sistem Private Compute Core Android 12 Menyulitkan Maklumat Input Pengguna Pada Dari Dalam Peranti

Diterbitkan pada Sep 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Android 12 kini sudah memasuki fasa beta kelima dan versi stabil menurut Google bakal tiba tidak lama lagi. Android 12 juga merupakan antara kemaskini Android yang paling drastik dengan banyak perubahan daripada sistem, antaramuka dan yang paling penting fokus kepada privasi dan sekuriti.

Selain daripada papan pemuka khas, Google baru-baru ini telah berkongsi lebih lanjut mengenai Private Compute Core mereka yang hadir secara terbina dalam sistem operasi baru mereka ini. Merekan menjelaskan yang sistem sekuriti ini tidak akan direkod oleh mereka dan disimpan ke pelayan, sebaliknya akan beroperasi daripada dalam peranti seperti beberapa ciri kecerdasan buatan lain serta pembelajaran mesin mereka lain yang diperkenalkan sejak Android 11.

Mana-mana rangkaian, perkhidmatan, aplikasi dan lain-lain tidak boleh mengakses data ini dan akan berada dalam API sumber terbuka. Malah, mana-mana syarikat sekuriti atau penganalisa sekuriti bebas mengakses untuk melakukan kajian atau penyiasatan kerana ia bebas dan terbuka.

Sistem sekuriti dan privasi ini dikatakan diasingkan daripada sistem operasi dan berjalan dengan sendiri. Kemudian semua kemaskini juga akan lebih selamat diterima dan data-data pengguna akan dilindungi dengan lebih ketat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami