Robot Spot Kini Digunakan Untuk Pemantauan Keselamatan Di Kilang Kia

Diterbitkan pada Sep 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Boston Dynamics telah secara rasmi diambil alih oleh Hyundai pada Jun lalu. Hyundai akan menggunakan kepakaran Boston Dynamics untuk mempertingkatkan kemampuan syarikat yang turut mempunyai perniagaan robotik mereka tersendiri. Sementara robot sendiri dihasilkan, Hyundai mula menggunakan robot Spot di kilang kenderaan Kia milik mereka.

Dalam projek rintis, robot Factory Safety Service Robot yang berasaskan Spot digunakan untuk memantau lantai kilang mereka yang terletak di Korea Selatan. Spot boleh mengesan kawasan berisiko kebakaran dan halangan yang mungkin wujud. Dengan sensor LiDAR dan haba, kawasan yang berisiko boleh dikesan sebelum berlakunya kemalangan. Pada waktu malam pula Spot melakukan rondaan bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku.

Setakat ini Spot telah digunakan untuk menarik lori, menggembala kambing di New Zealand, memastikan jarak pembatasan sosial dilakukan di Singapura dan untuk doktor melakukan pemeriksaan jarak jauh pesakit Covid.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami