Cari @ Amanz

Dengan pelancaran iPhone SE 2022 , iPad Air Gen 5 dan Apple Mac Studio pagi tadi, tiga produk lama telah dihentikan jualannya oleh Apple iaitu iPhone SE 2020, iPad Air Gen 4 dan iMac 27″. Penghentian jualan iPhone SE 2020 dan iPad Air Gen 4 adalah bagi memberi laluan kepada peranti baharu yang dilengkapi pemproses yang jauh lebih berkuasa.

Penghentian jualan iMac 27″ sebenarnya telah dijangka kerana mengikuti nasib iMac 21.5″ yang turut dihentikan jualannya pada November 2021. Kali terakhir ia dikemaskini adalah pada tahun 2020. Kini siri iMac menggunakan sepenuhnya cip Apple Silicon dengan era cip Intel secara rasmi melabuhkan tirai. Bagi yang ingin membeli iMac, hanya iMac M1 dengan skrin 24″ sahaja ditawarkan oleh Apple mulai hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd