Imej Pengolokan Pixel Watch Terdedah Sekali Lagi – Bakal Hadir Dengan Integtasi Fitbit

Diterbitkan pada Apr 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Pixel Watch adalah jam tangan pintar Wear OS pertama tersendiri daripada Google. Jam ini sudah tertiris sejak beberapa tahun, namun ia masih tidak kelihatan. Jam ini dikatakan akan hadir dengan integrasi Fitbit, dijana dengan cip Exynos, dan menjalankan Wear OS 3.x. Ia juga dikatakan mungkin akan diperkenalkan pada acara Google I/O 2022 bulan Mei akan datang.

Buat pertama kalinya, selepas kita lihat pelbagai rekaan tertiris – imej pengolokan rasmi jam ini telah terdedah di arena web. Rekaannya mirip dengan apa yang pernah kita lihat sebelum ini. Jam dengan kod nama Rohan ini hadir dengan rekaan bulat, kemasan melengkung, dan satu tombol berputar di sisi.

Pada imej yang sama juga, muka jam yang digunakan mempunyai logo Fitibit selari dengan apa yang pernah kami laporkan sebelum ini. Pixel Watch turut dijangka akan hadir dengan Google Assistant generasi baharu dan dengan pelancaran jam ini juga, ia dijangka Google turut akan mula mengedarkan Wear OS 3.x kepada jam-jam yang telah dijanjikan dan tidak lagi terhad kepada Samsung.

komen


© Amanz / 2022 Kami