iPad Dengan Panel OLED Dikatakan Akan Hadir Dengan Rekaan Lebih Nipis Dan Ringan

Diterbitkan pada July 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple dilaporkan akan hadir dengan iPad yang menggunakan panel skrin OLED. Pada mulanya, iPad ini dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2022. Tetapi perancangan dibatalkan, dan telah ditunda ke tahun 2024. Sehingga hari ini, Apple masih tiada tablet yang menggunakan skrin OLED. Paling premium adalah iPad Pro M1 dengan skrin mini-LED.

Terkini, ETNews melaporkan yang iPad dengan skrin OLED ini sudah memasuki fasa prototaip. iPad versi ini akan hadir dengan rekaan baharu yang lebih nipis dan akan menjadi sebuah iPad yang lebih ringan. Ini adalah kerana, Apple dikatakan menggunakan panel OLED dengan proses punaran kering.

Proses panel OLED punaran kering ini membuang bahagian pada transistor filem yang tidak diperlukan membolehkan komponen menjadi lebih nipis dan turut menjadikannya lebih ringan. Ini membolehkan Apple menggunakan rekaan skrin dengan bezel nipis. Panel OLED untuk iPad ini dikatakan akan dibekalkan oleh Samsung dan LG.

komen


© Amanz / 2022 Kami