Apple sudah sekian lama bereksperimen dengan konsep papan kekunci fizikal yang terbina pada skrin. Antaranya adalah paten papan kekunci 3D Touch, papan kekunci E-Ink yang boleh berubah mengikut aplikasi dan papan kekunci dengan simbol yang boleh diubah pengguna.
Walaupun Apple sudah merancang untuk mengintegrasi teknologi ini bertahun lamanya pada MacBook. Ia besar kemungkinan masih tidak akan digunakan walaupun MacBook pada tahun 2025 nanti akan menyokong skrin sesentuh. Konsep papan kekunci seperti ini juga bukan perkara baharu kerana Phorm sudah cuba membangunkannya sejak tahun 2015.
Baru-baru ini dua penyelidik dari Future Interfaces Group (FIG) di Carnegie Mellon University telah membangunkan flat panel haptics iaitu skrin rata yang ada kesan maklum balas haptik terbina. Teknologi ini menggunakan pam electroosmotic yang boleh menggerakkan cecair melalui tenaga elektrik dengan komponen bersaiz 1.5mm sahaja.

Apabila skrin ini dihidupkan butang setinggi 5mm akan muncul yang apabila ditekan akan meberi kesan seakan menekan kekunci papan kekunci sebenar. Buat masa ini teknologi ini masih di peringkat awal di mana bentuk dan saiz tidak boleh diubah kecuali input sahaja yang boleh ditetapkan.
Mereka merancang di masa akan datang teknologi ini boleh diimplementasikan ke tahap piksel skrin agar saiz boleh diubah untuk disesuaikan pada pelbagai jenis peranti.
- Sumber
- Gizmodo